Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Dulu pemuzik jalanan, kini penyanyi pentas

    Berbekalkan gitar dan wang tak sampai 200,000 rupiah (RM50), penyanyi popular Indonesia yang dicungkil bakat menerusi YouTube, Angga Candra, 31, sanggup meninggalkan kampung halaman di Sumatera dan berkelana ke Jakarta demi mencari rezeki sebagai pemuzik jalanan.

    Sambil berniaga secara kecil-kecilan, Angga gigih memetik gitar sambil menjual suara dengan harapan bakatnya menjadi perhatian.

    Namun, kejayaan tidak dapat datang bergolek. Penat dengan cabaran dan ujian, Angga lantas mengambil keputusan merantau ke Malaysia dan bekerja di sebuah hotel di Pulau Pinang.

    “Selepas setahun bekerja di bahagian housekeeping saya kembali ke Jakarta dan meneruskan kerjaya sebagai pemuzik jalanan. Pertemuan saya dengan seorang YouTuber terkenal mengubah hidup.

    “Tindakannya memuat naik video persembahan saya dalam saluran YouTube menjadikan nama saya menjadi semakin terkenal dan pengikut saluran YouTube saya bertambah menjadi 30,000 orang,” cerita Angga kepada BH Online.

    Angga menjalani kehidupan selesa termasuk menggunakan wang diperoleh sebagai pemuzik jalanan untuk mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Tambahnya, dia menjalani kehidupan dengan selesa termasuk menggunakan wang diperolehnya sebagai pemuzik jalanan untuk mendirikan rumah tangga.

    “Saya bermain muzik di jalanan bermula waktu pagi hingga lewat malam. Alhamdulillah, dengan usaha saya ini dapatlah menampung kehidupan dengan selesa.

    “Malah, hasil berjimat cermat, saya dapat mengumpul duit untuk dijadikan belanja perkahwinan,” ujarnya yang ditemui untuk mempromosikan Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022.

    Meskipun berdepan pelbagai kekangan, namun, Angga menganggap kejayaan dan populariti dikecapi hari ini tidak pernah mengubah dirinya, jauh sekali lupa asal usul.

    “Saya tetap menjadi pemuzik jalanan, cuma mungkin dahulu di jalanan, kali ini lokasi bertukar ke pentas. Saya tidak pernah malu dengan kerjaya saya kerana dari situlah segala-galanya bermula,” tambahnya lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...