Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ecuador berkas pengedar dadah Colombia

    QUITO, 23 JAN – Ecuador kelmarin mengumumkan penahanan seorang pengedar kokain yang dikehendaki dari negara jiran, Colombia, ketika Presiden Daniel Noboa berkata kempen kerajaannya terhadap keganasan kumpulan mula membuahkan hasil.

    Carlos Arturo Landazuri Cortes, ‘sasaran bernilai tinggi’, ditangkap semalam selepas beberapa bulan penyiasatan dan kerja perisikan, kata ketua polis Ecuador, Cesar Augusto Zapata di X.

    Landazuri, yang digelar ‘El Gringo’, merupakan pemimpin Oliver Sinisterra Front kumpulan penentang bekas gerila FARC Colombia yang terlibat dalam perdagangan dadah.

    Selain penyeludupan dadah, dia disyaki terlibat dalam penculikan dan pembunuhan tiga wartawan Ecuador pada 2018 dan dalam serangan bom pada tahun sama yang mencederakan 28 anggota polis di barat laut negara itu.

    Polis Colombia kemudian berkata Zapata sedang diekstradisi kembali ke Colombia.

    Pejabat pendakwa Colombia menyenaraikan Oliver Sinisterra Front sebagai kunci antara ‘organisasi transnasional yang berdedikasi untuk penyeludupan kokain’ ke Amerika Syarikat dan Eropah dari barat daya negara itu. – AFP

    Gambar serahan Polis Ecuador menunjukkan ‘El Gringo’, selepas penahanannya di Imbabura, Ecuador pada 22 Januari lalu.
    – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda