Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Elizabeth Tan keguguran

    Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mengaku keguguran, Februari lalu.

    Elizabeth atau mesra dipanggil Lizzy berkata, dia mengalami keguguran ketika usia kandungan dianggar antara enam sehingga tujuh minggu, lapor BH Online.

    “Saya alami pendarahan dan bertemu doktor. Saya kemudian dimaklumkan kandungan sudah tiada, doktor tolong cuci dan lakukan prosedur seterusnya.

    “Saya fikir diri ini agak okay berdepan situasi itu. Namun, baru-baru ini, saya dapat rasakan insiden itu belum boleh dilupakan.

    “Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu tunggu untuk dikurniakan anak lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis tayangan perdana filem Sheriff di GSC Midvalley baru-baru ini.

    Elizabeth melakonkan watak anggota polis dan ibu dalam filem Sheriff yang mula ditayangkan di pawagam. – mStar

    Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, iaitu Siew Jim pada 21 Mac 2021.

    Elizabeth atau nama sebenar, Tan Su Mei, 30, tidak menafikan insiden keguguran memberi kesan kepadanya, apatah lagi, dia dan suami cuba mendapatkan zuriat sejak lima bulan lalu.

    “Saya sudah umum pengesahan hamil kepada keluarga dan kawan rapat, namun, saya keguguran pula. Ini menyedihkan, namun, saya tidak berputus asa,” tambahnya.

    Sementara itu, mengenai filem Sheriff arahan Syafiq Yusof, Elizabeth berkata, dia perlu menghidupkan karakter anggota polis dan ibu.

    “Saya belum jadi ibu. Jadi, apabila perlu melakonkan watak sebegitu, bukan mudah. Saya berterima kasih kepada Syafiq atas peluang yang diberi.

    “Saya tidak tahu kenapa dia ambil saya berlakon dalam filemnya untuk kali ketiga. Jika dibandingkan dengan nama besar lain dalam filem ini, saya sangat kerdil,” katanya yang berpuas hati dengan lakonannya dalam filem itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...