Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empoli beri Fiorentina kejutan

    ROM, 24 OKT – Gol pertama Francisco Caputo pada musim ini membantu Empoli memperoleh kemenangan mengejut 2-0 ke atas Fiorentina dalam liga Itali kelmarin.

    Caputo menyempurnakan hantaran lintang rendah dari kanan selepas 21 minit dan Emmanuel Gyasi melakukan perkara yang sama dengan satu lagi hantaran menarik ketika berbaki sembilan minit untuk menjamin ketiga-tiga mata buat pasukan pelawat.

    Caputo juga telah menjaringkan gol yang dinafikan melalui semakan video hanya beberapa saat sebelum separuh masa tamat.

    Ia adalah kekalahan pertama Fiorentina sejak 3 September dan satu kegagalan besar bagi pasukan yang memulakan hari mereka sama dengan mata Napoli di tempat keempat.

    Kemenangan akan memberikan kelab Tuscan itu permulaan liga terbaik dalam sejarahnya sejak tiga mata diperkenalkan untuk kemenangan.

    Fiorentina mendominasi penguasaan bola tetapi tidak menunjukkan apa-apa hasil dan sebaliknya kecekapan Empoli di depan gawang membolehkannya melonjak ke tangga ke-17. Perlawanan seterusnya bagi Empoli adalah di laman sendiri menentang Atalanta Isnin depan.

    Perlawanan liga seterusnya bagi Fiorentina adalah di Lazio pada hari yang sama, tetapi sebelum itu, ia akan menentang Cukaricki dalam Liga Europa pada Khamis. – AP

    Salah satu aksi semasa perlawanan antara Fiorentina dan Empoli di Stadium Artemio Franchi di Florence, Itali baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda