Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Erysha besar kepala, tak berdisiplin?

    Nada suara dan wajahnya sangat tenang saat diasak dengan pertanyaan benarkah kini sudah mula besar kepala selepas mengecapi populariti.

    Ada khabar bertebaran mengatakan pelakon dan pempengaruh media sosial, Erysha Emyra didakwa tidak berdisiplin ketika mengikuti trip ke luar negara, tahun lalu.

    Malah, Erysha itu juga dikatakan tidak mengikut syarat ditetapkan penganjur apabila hanya memuat naik hasil kerja selepas beberapa bulan tarikh ditetapkan.

    Enggan membiarkan spekulasi bertebaran, Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 25 tampil memberikan penjelasan berhubung gosip itu.

    “Iye ke? Setahu saya tak pernah pun saya ambil masa orang lain atau biarkan mereka tunggu lama.

    Erysha didakwa tidak berdisiplin ketika mengikuti trip ke luar negara tahun lalu, selain lambat memuat naik hasil kerja. – mStar

    “Kalau lambat pun, mungkin hanya lima minit sahaja. Kalau nak kata lambat, ada orang lain yang lebih lambat daripada saya.

    “Lagipun saya tak dapat apa-apa rungutan atau maklum balas negatif daripada penganjur setakat ini,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas dakwaan lewat muat naik hantaran berkaitan kerja yang sudah dipersetujui awal dengan penganjur, Erysha tidak nafikan.

    “Memang betul saya terlewat untuk muat naik entri dalam media sosial.

    “Sepatutnya, selepas balik trip ke luar negara, saya kena buat posting.

    “Tapi memandangkan masa itu isu Palestin sedang hangat, saya dan pengurusan memutuskan tangguh dahulu.

    “Saya tak mahu dituduh tidak sensitif apabila muat naik hantaran yang menunjukkan saya sedang bersuka ria ketika ada orang lain sedang berduka,” katanya.

    Anak kedua kepada dramatis terkenal, Datin Seri Noniswara itu mengakui kesilapannya.

    Namun, tak sangka apabila ditunda melarat-larat hingga masuk tahun baharu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda