Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU tolak penempatan di Tebing Barat

    LONDON, 14 FEB – Kesatuan Eropah (EU) semalam menolak keputusan Israel mengesahkan sembilan penempatan haram di Tebing Barat dan mengubahnya menjadi penempatan baharu.

    Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell.

    Kenyataan itu memaklumkan penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan mengulangi bahawa EU tidak mengiktiraf sebarang perubahan yang dibuat di luar sempadan 1967.

    EU juga membuat gesaan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghentikan pembinaan penempatan dan segera membatalkan keputusan itu. – Bernama

    Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell semasa menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan di ibu pejabat NATO di Brussels kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda