Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    F1: Ferrari dedah SF70

    ROM, 27 Feb – Ferrari mendedahkan kereta lebih laju dan perubahan jelas dengan satu tempat duduk baru-baru ini, di mana Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen akan berusaha menyaingi Marcedes musim ini.

    Pasukan dari Itali itu bergelut musim lalu menamatkan di belakang pasukan Mercedes dan Red Bull dalam kejohanan pembinaan.

    Ferrari belum memenangi sebarang kejuaraan pemanduan dalam tempoh sedekad dengan Raikkonen dari Finland adalah yang terakhir mencatatkan kemenangan bagi pasukan itu pada 2007.

    Setelah menguji kereta baru, Ferrari yang berpangkalan di Maranello, Raikkonen berkata: “Kami tidak melakukan ujian sepenuhnya pada beberapa pusingan pertama tetapi kereta tersebut jelas bagus.

    “Jelas ia adalah percubaan pertama, kami akan melakukan lebih banyak pusingan hari ini tetapi tugasan sebenar hanya akan bermula dalam ujian di Barcelona.”

    Ujian selama empat hari pra musim di Barcelona bermula hari ini dengan empat hari seterusnya diadakan di ibu negara Catalan pada minggu seterusnya.

    “Saya suka dengan keadaan kereta ini, ia berbeza dengan tahun lepas kerana peraturan yang baru,” tambah Raikkonen.

    Dinamakan ‘SF70’ dalam merujuk kepada 70 tahun Ferrari dalam persaingan itu, kereta tersebut seperti biasanya berwarna merah dengan garisan hitam di samping dengan beberapa ciri-ciri baru berikutan pertukaran dalam peraturan yang bertujuan bagi meningkatkan Formula 1.

    SF70, model kereta lumba Ferrari yang ke-63, memiliki lebih banyak kekuatan aerodinamik dan lebih banyak cengkaman mekanikal di samping penggunaan tayar Pirelli, yang memberikan cengkaman tambahan dan kelajuan di selekoh tajam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda