Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Falcon 9 lengkapkan misi ke-300 – SpaceX

    WASHINGTON, 21 FEB – Roket Falcon 9 berjaya melaksanakan misi ke-300 dengan membawa satelit komunikasi Telkom Indonesia ke orbit, umum SpaceX semalam, lapor Sputnik.

    “Falcon 9 melengkapkan misi ke-300 yang berjaya,” kata syarikat angkasa lepas swasta yang diasaskan dan dimiliki oleh Elon Musk.

    Menurut SpaceX, satelit itu dilancarkan dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 (SLC-40) di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida dan ia merupakan pelancaran ke-17 bagi penggalak Falcon9 peringkat pertama yang boleh diguna semula.

    Merah Putih-2 adalah satelit komunikasi Indonesia keempat yang dilancarkan oleh SpaceX dan dioperasikan oleh Telkom Indonesia yang berpusat di Bandung, lapor AmericaSpace.com.

    Ia adalah pelancaran Falcon 9 yang keenam pada bulan ini. – Bernama

    Roket Falcon 9 berlepas dari landasan pelancaran LC-39A di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida, pada 15 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda