Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FDA keluar amaran tentang pemberian probiotik kepada anak damit pramatang

    WASHINGTON, 27 OKT — Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran kepada penyedia penjagaan kesihatan dan orang ramai tentang kecederaan dan sekurang-kurangnya satu kematian pada anak damit pramatang yang diberikan produk probiotik di hospital.

    Produk-produk itu, yang melengkapkan makanan biasa dan mengandungi organisma hidup seperti bakteria atau yis, boleh menyebabkan jangkitan atau penyakit yang berpotensi membawa maut, kata FDA kelmarin.

    Satu kematian tahun ini dan berpuluh-puluh laporan kecederaan sejak 2018 mungkin dikaitkan dengan suplemen tersebut, kata pegawai FDA dalam satu kenyataan. Agensi itu berkata ia juga sedang menyiasat lebih banyak laporan kecederaan dan kematian.

    Tiada produk probiotik yang telah diluluskan sebagai ubat atau rawatan untuk anak damit, kata FDA.

    Suplemen probiotik boleh digunakan untuk mencegah enterokolitis nekrotik, sejenis jangkitan berbahaya yang melibatkan anak damit pramatang yang meradang serta membunuh tisu usus. Keadaan ini menjejaskan sehingga 9,000 anak damit setiap tahun, dengan kadar kematian kira-kira 50 peratus. – AP

    Gambar fail bertarikh 10 Disember 2020 menunjukkan papan tanda FDA dipamerkan di luar pejabat mereka di Silver Spring, Maryland. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda