PARIS – Di pasar jalanan Paris pada musim hujan, pentas pertunjukan Stella McCartney baru-baru ini menampilkan sesuatu yang berbeza.
Metafora keindahan mungkin akan menjadi paparan bagi persembahan McCartney yang diilhamkan oleh alam semula jadi.
REKA FESYEN MCCARTNEY
Bentuk rekaannya mempesonakan dengan menggabungkan kilauan, kepintaran dan jahitan yang teliti untuk memberikan rasa keterujaan.
VIP termasuk Natalie Portman, Greta Gerwig dan Paris Jackson mengikuti rentak menghentakkan kaki mereka seiring dengan bunyi latar muzik paling tular pada Minggu Fesyen Paris setakat ini. Para model dengan rambut yang bergaya mengingatkan kepada pengarah filem Barbie iaitu Gerwig, menyerikan lagi suasana persembahan itu.
Jahitan Savile Row digambarkan dalam gaya rekaan sebenar McCartney – jaket berbahu tegap digandingkan dengan blazer langsing dan tali pinggang, manakala seluar tebal dan skirt menyerlahkan lagi penampilan. Ini bukan wilayah baharu untuk McCartney, yang sering mengolah semula jahitan klasik dengan kelebihan tersendiri.
Sut Pinstripe yang semakin meningkat glamor dengan garisan satin dan kristal yang berkilauan, digandingkan dengan jumper sporty.
Selain daripada itu ialah gaun sutera asimetri dan skirt kulit vegan yang dilipat pada bahagian atas. Jaket berwarna krim dengan potongan seperti sayap dan pakaian nipis turut menyerlahkan bakat halus rekaan.
FESYEN ELEMEN SEMULA JADI
“Kami mempunyai beberapa pakaian knitwear diperbuat daripada benang daripada botol plastik kitar semula,” kata McCartney di belakang pentas.
Sementara itu motif burung, diselitkan secara literal dan kiasan.
Burung merpati yang dilukis merentasi perincian sutera dan diilhamkan oleh origami menampilkan keindahan visual – mengimbau kembali mesej McCartney selama bertahun-tahun untuk melindungi alam semula jadi.
AKHBAR STELLA TIMES DAN HELEN MIRREN
Pentas pertunjukan McCartney dimulakan oleh Helen Mirren dengan menyampaikan manifesto Save What You Love. Diilhamkan oleh The End of the End of the Earth karya Jonathan Franzen, suara Mirren kedengaran, mendesak untuk melakukan tindakan sebelum terlambat.
Ia dilambangkan pada burung yang menjadi simbol peringatan tentang kehilangan sesuatu yang dipertaruhkan jika tidak mengambil tindakan bersama.
Para tetamu juga masing-masing diberikan surat khabar khusus untuk rancangan itu digelar Stella Times yang menyatakan mesej yang tidak jelas, namun serius, tentang kemampanan. Nasihat McCartney kepada pembaca mendorong tindakan positif, “Baca! Kerana saya tidak fikir orang membaca lagi.
“Dapatkan salinan akhbar kami. Saya akan memberikan semua maklumat yang awda perlu tahu. Jadi lebih sedar, lebih ingin tahu dan ketahui fakta fesyen untuk menjadi lebih ke hadapan dalam fesyen pada masa depan,” tambahnya.
McCartney telah lama mempelopori fesyen rekaan yang mementingkan alam sekitar. Dia salah seorang pereka pertama yang memperjuangkan kemampanan.
Dengan fesyen salah satu pencemar terbesar di dunia, 91 peratus bahan mesra alamnya dan bebas haiwan menjadi satu lagi tanda pereka itu menerapkan mesej dengan serius. – AP