Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIFA, AFC akan bantu Palestin – Hamidin

    KUALA LUMPUR, 17 MEI – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan memberikan bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel, menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, Datuk Hamidin Mohd Amin.

    Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata isu Palestin antara perkara utama dibincangkan dalam Kongres AFC ke-34 semalam dan Kongres FIFA ke-74 di Bangkok.

    “Semua perwakilan AFC menzahirkan rasa sedih tidak terhingga atas kejadian yang berlaku di bumi Palestin yang telah banyak mengorbankan rakyat mereka termasuk juga pemain dan pegawai bola sepak serta petugas media,” kata Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA.

    “Selain itu, Kongres AFC bersetuju menerima usul daripada beberapa ahli gabungan untuk memansuhkan peraturan mengehadkan presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif kepada maksimum tiga penggal memegang jawatan.

    “Maksudnya sekarang, tiada had ditetapkan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook FAM hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda