Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Filipina panggil duta China berhubung insiden meriam air

    MANILA, 2 MEI – Manila memanggil seorang duta kanan China hari ini untuk membantah insiden meriam air yang merosakkan dua kapal Filipina semasa rondaan di Laut China Selatan.

    Sebuah kapal pengawal pantai dan sebuah lagi bot kerajaan rosak dalam kejadian pada 30 April berhampiran Beting Scarborough, menurut Kementerian Luar Filipina.

    Manila dan Beijing mempunyai sejarah pertikaian wilayah yang panjang di Laut China Selatan dan kedua-dua negara telah terlibat dalam beberapa insiden maritim dalam beberapa bulan yang lalu ketika mereka menegaskan tuntutan mereka di laluan air strategik tersebut.

    Insiden terbaharu, berdekatan dengan Kepulauan Scarborough yang dikawal oleh China, berlaku semasa misi untuk membekalkan semula nelayan Filipina.

    Zhou Zhiyong, pegawai nombor dua di kedutaan China, telah dipanggil oleh Manila berhubung ‘gangguan, rempuhan, mengerumuni, mengekori dan menyekat, tindakan berbahaya, penggunaan meriam air serta tindakan agresif lain kapal Pengawal Pantai China dan Militia Maritim China,” menurut kenyataan kementerian luar.

    ‘Tindakan agresif China, khususnya penggunaan meriam air, menyebabkan kerosakan’ kepada kapal Filipina, tambah kementerian itu, menuntut bot China segera meninggalkan kawasan berkenaan.

    Filipina berkata tekanan dalam insiden meriam air pada Selasa adalah jauh lebih kuat daripada apa-apa yang digunakan sebelum ini dan ia mengoyak atau membengkokkan bahagian logam dan peralatan pada kapal Filipina.

    Bantahan diplomatik hari ini adalah yang ke-20 dikemukakan oleh Manila tahun ini dan ke-153 sejak Presiden Ferdinand Marcos berkuasa pada pertengahan 2022, kata Kementerian Luar Negeri.

    Kedutaan China tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas perkara tersebut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...