Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fofana terima tawaran Al-Nassr

    LILLE, FRANCE, 19 JULAI – Kapten pasukan Lens, Seko Fofana, mengesahkan semalam bahawa beliau telah menerima tawaran untuk menyertai Al-Nassr, kelab Arab Saudi di mana bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, turut bermain.

    “Dengan pencapaian dan rasa penuh kebanggaan, saya tinggalkan awda semua sebagai sebahagian daripada sejarah yang menjadi milik kita,” tulis Fofana, 28 tahun, dalam video perpisahan yang dikongsikan di Instagram.

    Pemain tengah antarabangsa Ivory Coast itu telah beraksi sebanyak 112 kali untuk pasukan Perancis utara, dengan 21 gol sepanjang tiga tahun bersama pasukan itu.

    Beliau mengambil langkah untuk ke Al-Nassr ketika Lens kembali beraksi di Liga Juara-Juara untuk pertama kalinya dalam 21 tahun, berikutan musim luar biasa yang menyaksikan mereka berada di tempat kedua dalam Ligue 1, hanya ketinggalan satu mata dari Paris Saint-Germain.

    “Selamat datang Seko!” tulis Al-Nassr di laman sosial Twitter mereka.

    Fofana kini menyertai barisan bintang-bintang lain seperti Ronaldo, pemain antarabangsa Croatia, Marcelo Brozovic dan penjaga gol Colombia, David Ospina di kelab yang berpangkalan di Riyadh itu.

    Beberapa nama besar dari Perancis turut menuju ke Arab Saudi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuklah Karim Benzema dan N’Golo Kante yang menyertai Al-Ittihad, serta Kalidou Koulibaly dari Senegal dan Ruben Neves dari Portugal yang akan beraksi di Al-Hilal. – AFP

    Seko Fofana meraikan kemenangan selepas menjaringkan gol di stadium Bollaert-Delelis, di Lens, pada 13 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda