Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabenor Florida tarik diri, sokong Trump

    WASHINGTON, 22 JAN – Gabenor Florida, Ron DeSantis kelmarin menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dan menyokong bekas Presiden, Donald Trump, dua hari sebelum kokus New Hampshire peringkat primari presiden, lapor Xinhua.

    Tindakan DeSantis menjadikannya calon presiden kedua dari parti Republikan yang menarik diri dan menyatakan sokongan kepada Trump selepas Vivek Ramaswamy.

    “Kami tidak mempunyai laluan yang jelas untuk kemenangan,” kata DeSantis dalam video yang disiarkan di X.

    Dalam video itu, DeSantis berkata beliau menyokong Trump kerana jelas majoriti pengundi utama Republikan mahu memberikan Donald Trump satu lagi peluang.

    DeSantis membuat keputusan itu selepas mengalami kekalahan 30 peratus mata kepada Trump dalam kokus Iowa. Trump mendahului dengan 51 peratus manakala DeSantis di tempat kedua dengan 21 peratus. – Bernama

    Bas kempen DeSantis dilihat di luar sebuah hotel di Manchester, New Hampshire, pada 21 Januari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda