Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gajah liar masuk kampung, penduduk Orang Asli lari bertempiaran

    GUA MUSANG, 19 NOV – Lebih 70 penduduk perkampungan Orang Asli suku kaum Temiar lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri apabila seekor gajah liar menceroboh masuk ke Kampung Kelaik, Pos Blau, Khamis lepas.

    Seorang penduduk Uda Busu, 42, berkata gajah dewasa itu muncul buat pertama kali pada Rabu lalu merosakkan tanaman penduduk, dan muncul semula kira-kira pukul 5 petang hari kemudiannya berhampiran dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.

    Beliau berkata susulan kemunculan haiwan itu, semua penduduk dari 24 rumah di perkampungan berkenaan bertempiaran lari menuju ke jalan raya Gua Musang-Lojing.

    “Kami semua terpaksa lari meninggalkan rumah dan menunggu di tepi jalan kerana risau gajah itu naik minyak..Kami menunggu di tepi jalan sehingga benar-benar yakin gajah itu dah balik ke hutan, kami kembali ke rumah semula kira-kira pukul 3 pagi.

    “Sampai di rumah, kami dapati sisa makanan dan kuali dari dua rumah berselerak di atas tanah dipercayai angkara gajah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Susulan ancaman gajah liar itu, Penghulu Pos Blau, Salleh Angah, 60, berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan penduduk yang berdepan dengan masalah itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda