Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara minyak masak tumpah di jalan, restoran didenda $1,000

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 JAN – Bahagian Penguatkuasaan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria telah mengeluarkan kompaun sebanyak $1,000 ke atas sebuah restoran di Seria kelmarin.

    Pihak berkuasa mendapati restoran tersebut telah membiarkan perangkap gris mereka melimpah, yang mengakibatkan air sisa dan minyak masak tertumpah ke jalan awam berhampiran di belakang premis.

    Denda itu dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan Pelbagai 2021 dan restoran berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda tersebut.

    Jika gagal membuat pembayaran dalam tempoh dari tarikh kompaun dikeluarkan, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda antara $2,000 dan $10,000.

    Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda antara $10,000 dan $30,000, penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

    Pihak berkuasa terus mengingatkan orang ramai, syarikat dan pemilik perniagaan supaya menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di kawasan aktiviti perniagaan serta kawasan awam.

    Air sisa dan minyak masak melimpah keluar dari perangkap gris di belakang premis restoran. – Gambar serahan Bahagian Penguatkuasaan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda