Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gauff mara ke separuh akhir

    MELBOURNE, 23 JAN – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff mengatasi tentangan hebat daripada pemain bukan pilihan, Marta Kostyuk untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia pertamanya hari ini.

    Pilihan keempat dari AS itu menewaskan pemain Ukraine tersebut dalam cuaca panas di Rod Laver Arena untuk memenangi pertemuan yang tidak sempurna dengan keputusan 7-6 (8/6), 6-7 (3/7), 6-2 dalam masa tiga jam lapan minit.

    Gauff akan berdepan sama ada juara bertahan dan pilihan kedua Aryna Sabalenka atau pilihan kesembilan, Barbora Krejcikova, pada Khamis untuk merebut tempat ke final.

    Selepas mempamerkan aksi yang cemerlang untuk mara ke suku akhir, Gauff, 19, kerap

    melakukan kesilapan dan gagal memanfaatkan peluang sehingga memasuki set penentuan.

    “Gembira, sangat bangga dengan persembahan saya hari ini,” kata Gauff, yang tidak pernah mara ke separuh akhir di Melbourne Park dalam empat percubaan sebelum ini.

    “Marta adalah lawan yang sukar… Saya benar-benar bertarung dan melakukan semuanya di gelanggang hari ini.” – AFP

    Gauff meraikan selepas menewaskan Kostyuk di Melbourne Park, Melbourne, Australia pada 23 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda