Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Gazprombank tamat operasi di Switzerland

    ZURICH, 10 OKT – Cawangan syarikat kewangan tenaga Rusia, Gazprom berkata hari ini ia akan menamatkan operasinya di Switzerland, di mana ia telah dikecualikan daripada sektor perbankan berhubung perang Moscow terhadap Ukraine.

    Gazprombank mengatakan ia akan menghentikan operasinya di Switzerland selepas lembaga pengarahnya menjalankan ‘semakan strategik pelbagai pilihan’ berhubung aktiviti perniagaan masa depannya.

    ‘Keputusan itu adalah hasil analisis strategi yang mendalam’ dan diteliti ‘dalam konsultasi tertutup’ bersama pihak berkuasa penyeliaan pasaran kewangan Switzerland, kata pengerusi Gazprombank (Switzerland), Ivan Dun dalam satu kenyataan. – AFP

    Logo bank Gazprombank di Rusia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...