Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bunuh 7 anak damit, jururawat UK jalani perbicaraan

    LONDON, 10 OKT – Seorang jururawat neonatal dibicarakan di Britain hari ini, didakwa atas tuduhan membunuh tujuh anak damit dalam jagaannya dan cubaan membunuh 10 yang lain.

    Lucy Letby, 32, telah menafikan membunuh lima anak damit lelaki dan dua perempuan, dan cubaan membunuh lima lagi anak damit lelaki dan lima perempuan antara Jun 2015 dan Jun 2016.

    Dia didakwa melakukan pembunuhan itu di Hospital Countess of Chester, di Chester, barat laut England, tempatnya bertugas.

    Membuka kes pendakwaan, peguam Nick Johnson berkata kematian neonatal di hospital itu adalah setanding dengan unit lain di seluruh negara.

    Namun lebih 18 bulan dari Januari 2015 ia menyaksikan peningkatan ‘ketara’ dalam jumlah kematian dan jatuh pengsan yang serius.

    Beberapa konsultan bimbang anak damit nazak secara tidak dijangka. Ada yang pengsan tidak memberi tindak balas terhadap rawatan yang sewajarnya.

    Yang lain pengsan kemudian pulih secara mendadak, menyangkal ‘pengalaman biasa’ doktor, katanya kepada juri di Mahkamah Mahkota Manchester.

    “Setelah mencari punca, yang tidak dapat mereka temui, konsultan akhirnya mendapati bahawa punca kematian dan jatuh pengsan tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan itu memang mempunyai satu penyebab yang sama,” dakwanya.

    “Kehadiran salah seorang jururawat neonatal dan jururawat itu ialah Lucy Letby.”

    Johnson berkata kematian dan insiden jatuh pengsan berlaku pada syif malam apabila Letby bertugas, kemudian apabila dia bergerak ke tempat kerja pada siang hari.

    Satu kajian menjelaskan dalam masa 12 bulan dari pertengahan 2015, dua kanak-kanak telah diracuni dengan insulin. “Satu-satunya kesimpulan munasabah” yang boleh dibuat ialah ia dilakukan dengan sengaja, tambahnya.

    “Ini bukan kemalangan,” katanya sambil menyifatkan pengsan dan kematian kesemua 17 kanak-kanak terbabit bukan “tragedi yang berlaku secara semula jadi”. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...