Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi landa utara Jepun

    TOKYO, 11 JUN – Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud melanda utara Jepun hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), tetapi tiada laporan mengenai kerosakan yang segera dilaporkan.

    Gempa bumi melanda pulau Hokkaido pada 6:55 petang (0955 GMT). Agensi Meteorologi Jepun berkata tiada amaran tsunami.

    Ia melanda berhampiran pantai bandar Urakawacho di wilayah Hokkaido pada kedalaman 123 kilometer (76 batu), kata USGS.

    Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan yang segera dilaporkan, menurut penyiar nasional NHK.

    Tiada juga keabnormalan dilaporkan daripada kemudahan nuklear di kawasan itu, kata pengawal selia nuklear Jepun.

    Seorang pegawai tempatan memberitahu NHK gempa itu menyebabkan gegaran kuat yang berlarutan selama 20-30 saat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda