Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    GMBF 2023 bakal disertai 37 negara

    KUCHING, 24 NOV – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Indonesia, Dr Ma’ruf Amin dijadual menyampaikan ucaptama perasmian pada majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 pada 28 November ini.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo itu di sini.

    “GMBF 2023 menyasar untuk menjadi hab pengetahuan bagi kerajaan, syarikat dan masyarakat sivil bagi meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian, keusahawanan serta industri halal.

    “Melalui forum ini, kerajaan, syarikat, organisasi antarabangsa, pelabur dan masyarakat sivil boleh berhubung, bekerjasama dan menyumbang,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

    Beliau berkata sebanyak 37 negara akan menyertai GMBF 2023.

    Awang Tengah berkata forum bertemakan ‘Inovasi dan Transformasi dalam Ekonomi Islam’ itu dijangka menarik kira-kira 1,000 hadirin termasuk pemimpin global terkemuka. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda