Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Golongan muda Korea S semakin enggan berkahwin

    SEOUL, 10 SEPT – Keengganan golongan muda Korea Selatan untuk berkahwin semakin kuat pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, menurut data pejabat statistik hari ini.

    Dalam kalangan belia berumur 25-39, mereka yang mempunyai pasangan menyumbang 33.7 peratus daripada jumlah populasi dalam kumpulan umur pada 2022, turun 2.4 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut Statistik Korea.

    Namun angka pada 2022 adalah jauh lebih rendah daripada 38.5 peratus yang dicatatkan pada 2020.

    Peratusan wanita muda yang mempunyai suami berjumlah 40.4 peratus pada 2022, jauh lebih tinggi daripada 27.5 peratus bagi lelaki yang mempunyai isteri dalam kumpulan umur berkenaan.

    Golongan muda semakin berat hati untuk berkahwin dan mempunyai anak di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi seperti harga rumah yang tinggi, pengangguran yang meningkat dan kos pendidikan yang tinggi.

    Daripada pasangan muda yang berkahwin, 74.7 peratus mempunyai anak pada 2022, lebih rendah daripada 75.6 peratus pada 2021 dan 76.6 peratus pada 2020.

    Peratusan mereka yang berumur 25-39 tahun, yang tidak mempunyai pasangan dan tinggal bersama ibu bapa, mencapai 50.6 peratus pada 2022, turun 1.3 mata peratusan daripada tahun sebelumnya. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda