Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google setuju padam data carian incognito

    SAN FRANCISCO, 2 APRIL – Google telah bersetuju untuk memadamkan sebilangan besar data carian untuk menyelesaikan tindakan mahkamah bahawa mereka menjejaki berjuta-juta pengguna di Amerika Syarikat (AS) yang menyangka mereka sedang melayari Internet secara peribadi.

    Jika cadangan penyelesaian yang difailkan kelmarin di mahkamah persekutuan San Francisco diluluskan oleh hakim, Google mesti ‘memadam dan memulihkan berbilion-bilion rekod data’ yang berkaitan dengan orang yang menggunakan mod incognito dalam Chrome, menurut dokumen mahkamah.

    “Penyelesaian ini merupakan langkah bersejarah dalam mewajibkan syarikat teknologi berpengaruh untuk jujur dalam representasi mereka kepada pengguna mengenai bagaimana syarikat-syarikat berkenaan mengumpul dan menggunakan data pengguna, serta memadam dan memulihkan data yang dikumpul,” kata peguam David Boies dalam pemfailan tersebut.

    Satu perbicaraan telah dijadualkan pada 30 Julai di hadapan Hakim Yvonne Gonzalez Rogers, yang akan memutuskan sama ada meluluskan perjanjian yang membenarkan Google mengelak daripada perbicaraan dalam tindakan guaman kelas sivil. – AFP

    Logo Google dilihat semasa persidangan pembangunan tahunan Google I/O di Shoreline Amphitheatre di Mountain View, California pada 10 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda