MARSEILLE, 19 JULAI – Marseille telah menandatangani pemain penyerang, Mason Greenwood, dari Manchester United, kelab Ligue 1 itu mengumumkan kelmarin, walaupun terdapat bantahan daripada beberapa penyokong kelab Perancis itu.
Pemain berusia 22 tahun itu, yang pernah bermain sekali untuk England, telah digantung pada Januari 2022 oleh Manchester United. Dia menghabiskan musim lalu dengan pinjaman di Getafe dalam La Liga.
“Olympique de Marseille dengan sukacitanya mengumumkan pembelian Mason Greenwood dari Manchester United. Pemain penyerang berusia 22 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan kelab berikutan lulus ujian perubatan,” kata kelab Perancis itu di laman web mereka. – AFP