Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Grosjean letak jawatan, mahu latih Fils

    PARIS, 24 OKT – Sebastien Grosjean telah meletakkan jawatan sebagai kapten pasukan Perancis dalam Piala Davis untuk melatih bakat muda Perancis, Arthur Fils, menurut pengumuman persekutuan tenis negara itu kelmarin.

    “Selepas memimpin pasukan Perancis dengan penuh semangat dan keazaman selama empat tahun, Sebastien Grosjean telah memutuskan untuk meletakkan jawatan bagi menumpukan perhatian kepada misi baharu. Mulai hari ini, beliau akan menjadi jurulatih peribadi Arthur Fils,” lapor persekutuan tersebut.

    Fils yang berusia 19 tahun, memenangi gelaran ATP pertamanya di Lyon pada musim ini, dan pada Ahad ditewaskan oleh Alexander Bublik dalam perlawanan akhir di Antwerp.

    “Dengan perasaan yang penuh emosi dan juga kegembiraan yang besar, saya bersedia untuk memulakan lembaran baharu ini bersama Arthur Fils,” kata Grosjean.

    Bekas pemain nombor empat dunia itu mengambil alih jawatan kapten pasukan dalam Piala Davis daripada Amelie Mauresmo pada 2018. – AFP

    Reaksi Fils selepas memenangi perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki menentang pemain Greece, Stefanos Tsitsipas pada kejohanan ATP Tenis Terbuka Eropah, di Antwerp pada 21 Oktober lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda