Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Ibu: Ratusan penduduk dipindahkan

    JAKARTA, 17 MEI – Ratusan orang yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi yang meletus di timur Indonesia telah dipindahkan selepas pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi, kata seorang pegawai hari ini.

    Pihak berkuasa menaikkan status amaran untuk Gunung Ibu, yang terletak di pulau Halmahera yang terpencil, ke tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat kelmarin selepas merekodkan dua letusan besar untuk hari kedua berturut-turut.

    Penduduk di tujuh kampung berhampiran Gunung Ibu – yang memuntahkan abu dan asap setinggi 5,000 meter ke langit – mula berpindah ke beberapa tempat perlindungan lewat kelmarin selepas pihak berkuasa menaikkan status amaran, kata pegawai agensi mitigasi bencana tempatan Muhammad Ade Fabanyo kepada AFP.

    “Sehingga hari ini, mangsa terus tiba dan setakat pagi ini, data awal yang kita ada adalah sekitar 400 orang (yang telah dipindahkan),” kata Ade.

    Beliau berkata pemindahan itu adalah sebagai langkah ‘pencegahan’ yang diambil oleh pihak berkuasa memandangkan penduduk tinggal kira-kira tujuh kilometer dari gunung berapi – di dalam zon pengecualian yang ditetapkan oleh pegawai. – AFP

    Orang ramai berlindung di sebuah pusat perlindungan di kampung Tongote, di Halmahera Barat, Maluku Utara kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda