Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    H5N1 ragut nyawa budak

    PHNOM PENH, 11 FEB – Seorang budak lelaki Kemboja berusia sembilan tahun meninggal dunia akibat selesema burung, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada Jumaat lalu, memberi amaran tentang ancaman berterusan daripada virus itu yang membunuh tiga orang lagi tahun lepas.

    Kanak-kanak lelaki di wilayah timur laut Kratie jatuh sakit selepas makan ayam bersama keluarganya, mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas sebelum meninggal dunia Khamis lalu.

    Kementerian berkata ujian mengesahkan budak lelaki itu meninggal dunia akibat virus H5N1 yang sangat patogenik.

    “Menurut keterangan, lima ekor ayam dan tiga ekor itik telah mati di rumah pesakit, dan mereka memasak ayam dan itik itu untuk dimakan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Ia berkata pegawai kesihatan sedang menyiasat sumber virus itu dan mencari lebih banyak kes.

    Gambar Freepik

    “Kementerian kesihatan sekali lagi mengingatkan semua rakyat supaya berwaspada terhadap selesema burung kerana H5N1 terus mengancam kesihatan rakyat kita,” tambah kenyataan itu.

    Tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, meninggal dunia akibat selesema burung di negara itu tahun lalu.

    Sejak akhir 2021, Eropah telah dilanda wabak selesema burung yang paling teruk, dengan Amerika Utara dan Selatan turut mengalami wabak yang teruk.

    Ini telah menyebabkan pemusnahan berpuluh juta ayam domestik di seluruh dunia, kebanyakannya akibat virus H5N1, termasuk 140,000 di Republik Czech awal bulan ini.

    Wabak global itu juga bertanggungjawab untuk kematian puluhan ribu burung liar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda