Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haiza teruja jadi penyampai trofi

    Penyanyi dan penyampai stesen radio Kool 101, Haiza Hanafi, 43, teruja diberi peluang memeriahkan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 esok, sebagai penyampai trofi.

    Haiza atau nama sebenar, Rohaizah Nordin berkata, ini kali pertama diberi peluang itu biarpun pentas ABPBH bukanlah asing buat dirinya.

    “Saya teruja sebab ini kali pertama saya sampaikan anugerah. Sebelum ini, saya pernah buat persembahan dan jadi calon ABPBH.

    “Disebabkan itu, saya banyak bertanya kepada BH Online mengenai skrip dan maklumat mengenai dengan siapa bakal digandingkan.

    “Mereka banyak kali suruh saya bertenang. Agak lucu, namun, semua pengalaman ini buat saya teruja. Terima kasih penganjur percayakan saya,” katanya ditemui pada majlis pra-kemuncak ABPBH 35 di The Agam, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Haiza teruja kali pertama diberi peluang sebagai penyampai trofi, sebelum ini pernah tampil dalam persembahan. – mStar

    Selain Haiza, antara barisan artis dan selebriti yang diberi amanah menjadi penyampai trofi adalah pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling termasuk Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose.

    Tidak ketinggalan, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Beto Kusyairy dan primadona filem Melayu, Erra Fazira.

    Haiza adalah finalis kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 35 bersaing dengan Johan dari Hot FM, DJ Lin dan Tyzo (Suria FM) serta DJ Sonic (Nasional FM).

    ABPBH 35 bertemakan Ekspresi Legasi Seni disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur di TV3 dan strim langsung melalui platform Tonton, mulai jam 9 malam esok.

    Kembali menduduki senarai Top 5 selepas kali terakhir pada ABPBH 2016, bersyukur dirinya masih relevan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda