Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haley ucap tahniah kepada Trump, ikrar teruskan kempen

    NEW HAMPSHIRE, 24 JAN – Calon presiden parti Republikan, Nikki Haley mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan bekas Presiden itu  dalam kokus New Hampshire peringkat pusingan awal (primary) bagi jawatan presiden pada petang kelmarin.

    Bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu turut berikrar untuk meneruskan kempennya walaupun kalah.

    “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya malam ini.

    Beliau berusaha baginya.

    “Perlumbaan ini masih jauh daripada tamat,” kata Haley selepas media AS mengumumkan kemenangan Trump.

    Haley berkata masih terdapat puluhan negeri di AS yang belum mengadakan pemilihan calon mereka.

    Trump telah memenangi majoriti undian dalam kokus New Hampshire peringkat primary presiden itu dengan kira-kira satu perempat undi dikira, lapor The Associated Press pada 8:30 malam ET, selepas penutupan undian terakhir di negeri itu. – Bernama

    Trump tiba untuk berucap pada parti malam pilihan raya peringkat primary di Nashua, New Hampshire, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda