Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton mahu Newey sertai Ferrari

    MIAMI, 3 MEI – Lewis Hamilton bagai ‘mencurah minyak ke dalam api’ mengenai khabar angin masa depan pereka Red Bull yang akan berhenti, Adrian Newey, dengan berkata kelmarin bahawa dia akan menjadi ‘tambahan yang menakjubkan’ untuk pasukan Ferrari.

    Red Bull mengesahkan Newey yang berusia 65 tahun akan meninggalkan pasukan tersebut pada awal 2025, selepas 19 tahun bersama pasukan itu.

    Laporan media telah mencadangkan bahawa Ferrari akan menjadi antara pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan Newey, yang dianggap sebagai pereka terhebat dalam sejarah sukan itu.

    Hamilton, yang akan menyertai Ferrari dari Mercedes pada penghujung musim ini, memberitahu pemberita di Grand Prix Miami bahawa dia ingin melihat Newey menyertai Ferrari.

    “Teringin sekali… Adrian mempunyai sejarah yang begitu hebat, rekod yang cemerlang, dia baru sahaja melakukan kerja yang menakjubkan sepanjang kerjayanya dalam berinteraksi dengan pasukan dan pengetahuan yang dia miliki,” katanya.

    “Saya fikir dia akan menjadi tambahan yang menakjubkan,” tambahnya.

    Walau bagaimanapun, Hamilton enggan membincangkan sama ada kemungkinan Newey menyertai Scuderia telah menjadi sebahagian daripada rundingan kontraknya. – AFP

    Newey melihat ke arah kereta pemandu simpanan Ferrari dari Britain, Oliver Bearman menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche di Jeddah pada 9 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda