Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harapan jumpa mangsa terselamat makin tipis

    ANKARA, 10 FEB – Pasukan penyelamat terus berusaha mencari lebih ramai mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan, meskipun harapan semakin tipis menjelang hari keempat tragedi gempa bumi kuat melanda Turkiye.

    Angka kematian akibat bencana itu telah mencecah 17,134 di Turkiye, manakala 71,806 lagi cedera setakat Khamis, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye. Jumlah mangsa terkorban dijangka terus meningkat apabila usaha pencarian selesai dijalankan di seluruh 10 wilayah.

    Pakar menjangkakan bahawa peluang untuk menyelamatkan nyawa telah menurun secara mendadak selepas tempoh 72 jam tragedi, lapor Xinhua. – Bernama

    Anggota menyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan sebuah bangunan di bandar Jindayris kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda