Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Hari terbuka beriga program KUPU SB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Sebagai inisiatif untuk memberigakan program-program yang ditawarkannya, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Ilmu Teras, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Hari Terbuka Studi di KUPU SB 2023 di kampusnya hingga hari ini.

    Perasmian acara dua hari yang bermula kelmarin di Dewan Tarbiah KUPU SB itu telah
    disempurnakan oleh Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KUPU SB, antara objektif acara berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai secara umumnya mengenai KUPU SB sebagai sebuah kolej universiti yang berfokuskan kepada bidang perguruan agama di Negara Brunei Darussalam.

    Selain itu, ia diharapkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar secara khususnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program-program akademik yang ditawarkan di KUPU SB.

    Ia juga merupakan wadah bagi para mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB untuk mempamerkan kegiatan-kegiatan kokurikulum dan keusahawanan yang dilaksanakan di kolej universiti.

    Antara pengisian hari terbuka berkenaan termasuk pemberigaan dan sesi konsultasi mengenai program dan kursus akademik melalui petak-petak maklumat fakulti dan pusat, pameran-pameran kokurikulum termasuk pasukan-pasukan beruniform seperti kadet tentera, polis, bomba, pengakap, pandu puteri dan Bulan Sabit Merah yang disertai mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

    Selain itu, pameran kemahiran dan keusahawanan mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB yang mengikuti latihan bersama dengan Pusat Pembangunan Belia (PPB) turut ditonjolkan.

    Beberapa sesi kongsisama daripada agensi-agensi luar juga diadakan. Turut diadakan adalah ekspo jualan oleh mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB serta orang-orang
    persendirian. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) turut memeriahkan acara itu dengan mengadakan pameran.

    Dr Haji Adanan mengunjungi petak pameran pada Hari Terbuka Studi di KUPU SB.
    Antara yang hadir pada majlis perasmian hari terbuka itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...