Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Brendan Fraser hampir maut ketika penggambaran The Mummy

    Brendan Fraser sekali lagi mencatat kejayaan menerusi filem The Whale. Persembahannya dalam filem itu berjaya memperoleh pencalonan untuk Oscar 2023 sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

    Nama Brendan Fraser menjadi popular, diketahui umum kerana peranannya dalam trilogi filem The Mummy untuk mendapat jolokan pelakon dengan bayaran tertinggi.

    Di sebalik kejayaannya itu, lelaki yang pernah tertekan kerana kerja sunyi itu mendedahkan dia hampir kehilangan nyawa ketika menjalani penggambaran filem The Mummy pada awal 2000an. Dia mengatakannya ketika menghadiri Pertunjukan Kelly Clarkson.

    “Saya berdiri seperti ini dengan tali (di leher saya) dan ini sahaja yang boleh awda lakukan,” kata Brendan Fraser sambil mencontohkan kedudukan tergantung di hujung kaki.

    Melihat adegan itu, pada masa itu pengarah panik dan segera pergi kepadanya dan bertanya sama ada Brendan okey.

    “Saya menjawab, ‘saya baik-baik saja.’ Kemudian dia meminta untuk melakukan satu lagi babak,” kata Brendan Fraser.

    Brendan Fraser sering cedera semasa penggambaran The Mummy dan lain-lain. Meskipun demikian, dia tidak berputus asa dan masih terbuka dengan kemungkinan muncul semula sebagai Rick O’Connell jika ada yang menawarkan konsep menarik kepadanya. – Agensi

    Brendan Fraser mendedahkan dia hampir kehilangan nyawa ketika menjalani penggambaran filem The Mummy pada awal 2000an. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...