Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harimau Malaya tidak layak mara jika tidak mampu kalahkan Taiwan

    KUALA LUMPUR, 17 NOV – Skuad Harimau Malaya tidak layak mara lebih jauh dalam kelayakan Piala Dunia 2026 jika tidak mampu mengatasi Taiwan apabila berkunjung ke Taipei pada Selasa depan, kata pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon.

    Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata skuad Malaysia perlu bertarung untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan kedua Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 walaupun menyedari perlawanan di tempat lawan pastinya lebih sukar kerana suasana dan tekanan dihadapi.

    Bagaimanapun, beliau berkata kemenangan 4-3 mengatasi Kyrgyzstan iaitu pasukan di ranking lebih tinggi pada aksi pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, menjadi motivasi buat pasukan bimbingannya itu.

    “Kita telah mempelajari sesuatu…kita tahu apa kita perlu lakukan. Jika kita tidak buat yang terbaik, kita tidak layak untuk ke peringkat seterusnya tapi kita ada impian untuk itu, menjadi 18 terbaik. Kita mahu mara ke pusingan ketiga Piala Dunia. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda