Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hepatitis A merebak di pusat perlindungan Gaza

    BANDARAYA GAZA, 18 JAN – Semenanjung Gaza kini sedang bergelut dengan penularan wabak Hepatitis A akibat kesesakan di pusat perlindungan di wilayah itu, agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan semalam.

    Kementerian itu mengeluarkan amaran berhubung potensi penggantungan ujian darah lengkap (CBC) pada bila-bila masa, merujuk kepada kekurangan bahan yang diperlukan untuk tujuan itu.

    Bagaimanapun, butiran khusus mengenai kekurangan itu tidak disediakan.

    Keadaan mencabar yang dihadapi oleh penduduk Gaza yang diusir itu diburukkan lagi dengan kekurangan tandas dan kemudahan sanitasi, menyumbang kepada pengumpulan sisa buangan berhampiran khemah yang baru didirikan.

    Tidak cukup dengan itu, penduduk di pusat perlindungan turut mengalami masalah kekurangan air dengan kebanyakan individu bergelut untuk melindungi diri mereka daripada akibat pencemaran dan kebersihan yang tidak mencukupi.

    Hepatitis A, virus yang disebarkan melalui makanan dan air yang tercemar atau sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti, menimbulkan ancaman kesihatan yang ketara dalam keadaan yang mencabar ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda