Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hrithik tolong jaga anak kembar Preity

    Hubungan persahabatan antara pelakon Preity Zinta dan Hrithik Roshan bukan hanya di hadapan kamera atau di lokasi penggambaran.

    Keakraban mereka membuatkan Roshan tidak pernah berkira dalam memberi pertolongan termasuk menjaga anak masing-masing ketika diperlukan.

    Dalam satu perkongsian di laman sosial, Preity meluahkan penghargaan buat sahabatnya itu kerana membantu menguruskan dua anak kembarnya ketika dalam penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) pulang ke India.

    “Ramai orang datang dan pergi, tetapi sahabat sejati meninggalkan kesan dalam hati.

    “Terima kasih Roshan kerana membantu Jai dan Gia dalam penerbangan yang panjang ini. Saya dapat melihat awak adalah seorang ayah yang hebat.

    Hrithik membantu menguruskan dua anak kembar Preity ketika dalam penerbangan. – Agensi

    “Saya amat sayangkan awak. Dari zaman kami keanak-anakan sehinggalah mempunyai anak sendiri. Saya bangga melihat kita sama-sama menjadi dewasa,” Preity.

    Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang memuji hubungan rapat mereka selain tidak sabar melihat kemunculan Preity selepas sekian lama menetap di AS.

    “Pasangan pelakon kegemaran saya. Tak sabar nak tunggu Preity di India.

    “Hubungan yang sangat baik antara Preity dan Roshan,” komen warganet.

    Untuk rekod Preity mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara AS pada 2016 dan kini menetap di sana.

    Mereka memiliki sepasang anak kembar iaitu Jai dan Gia yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang. Preity dan Roshan pernah bergandingan dalam filem Koi Mil Gaya dan Lakshya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda