Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hwang, Kim kembali perkuat Korea Selatan

    SEOUL, 28 JAN – Dua tonggak utama pasukan Korea Selatan yang pulih daripada kecederaan akan menyuntik semangat pasukan untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 64 tahun di Piala Asia menjelang aksi pusingan 16 terakhir menentang Arab Saudi minggu ini.

    Pertembungan peringkat kalah mati antara kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Education City di Al Rayyan, barat Doha pada 7 malam Selasa (waktu tempatan), lapor agensi berita Yonhap.

    Korea Selatan menamatkan aksi peringkat kumpulan sebagai naib juara Kumpulan E dengan lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri manakala Arab Saudi menjuarai Kumpulan F dengan tujuh mata daripada dua kemenangan dan satu seri.

    Kedua-dua pasukan itu kekal sebagai pasukan yang tidak kalah dalam kempen Piala Asia kali ini.

    Bagi Korea Selatan, antara aspek positif menjelang aksi itu ialah kembalinya pemain sayap, Hwang Hee Chan dan bek kiri, Kim Jin Su, daripada kecederaan apabila kedua-dua pemain itu diturunkan dalam aksi menentang Malaysia.

    Hwang, yang bermain untuk Wolverhampton Wanderers dengan 10 gol musim ini, terlepas dua perlawanan pertama kerana kecederaan pada pinggul kiri.

    Dalam 61 perlawanan antarabangsa, Hwang menjaringkan 12 gol, kedua tertinggi dalam pasukan itu selepas Son Heung Min.

    Kim, yang memiliki 70 penampilan pula tidak dapat diturunkan untuk dua perlawanan pertama kerana kecederaan betis kiri. – Bernama

    Hwang (kanan), berebut bola dengan Cools di Stadium Al-Janoub di al-Wakrah, selatan Doha, pada 25 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda