Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikon NBA derma AS$10 juta kepada NGO

    LOS ANGELES, 16 FEB – Bekas pemain bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan akan menyumbang derma yang memecahkan rekod $10 juta kepada yayasan Make-A-Wish untuk menyambut hari lahirnya yang ke-60 lewat minggu ini, kata satu kenyataan kelmarin.

    Derma kepada Make-A-Wish yang bertujuan untuk memenuhi hasrat kanak-kanak berumur antara 2-18 yang bertarung dengan penyakit kritikal adalah yang terbesar dalam sejarah 43 tahun organisasi yang berpangkalan di Arizona itu.

    Pemenang kejohanan NBA enam kali itu telah lama mendekati organisasi NGO tersebut dan dia mula bekerja sama dengan organisasi itu pada tahun 1989.

    Kenyataan daripada Make-a-Wish berkata, jutawan berusia 59 tahun itu berharap tindakannya akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menderma kepada yayasan itu.

    “Sejak 34 tahun yang lalu, merupakan satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Make-A-Wish dengan membawa senyuman dan kebahagiaan kepada ramai kanak-kanak,” kata Jordan dalam satu kenyataan media.

    “Menyaksikan kekuatan dan ketabahan mereka dalam masa yang sukar dalam hidup mereka, benar-benar menjadi inspirasi.

    “Saya tidak dapat memikirkan hadiah hari jadi yang lebih baik daripada melihat orang lain menyertai untuk menyokong Make-A-Wish supaya setiap kanak-kanak dapat mengalami keajaiban apabila hasrat mereka menjadi kenyataan.”

    Make-A-Wish berkata Jordan telah menyempurnakan ‘ratusan’ permintaan kepada kanak-kanak di seluruh dunia sejak 1989. – AFP

    Bekas bintang NBA dan pemilik pasukan Charlotte Hornets, Michael Jordan semasa berucap pada sidang akhbar di The AccorHotels Arena di Paris pada 24 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda