Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    imagine buka cawangan baharu di LTAB

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – imagine membuka cawangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dengan pembukaannya dirasmikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh imagine, di sini, pembukaan rasmi pusat berkenaan telah disaksikan oleh Pengerusi imagine Sdn Bhd, Dayang Noorsurainah binti Haji Tengah dan Pengarah di Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Allen On.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Awang Muhammad Emmy Shamdy Khairul bin Haji Kadir; Timbalan Pengawal Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Haji Mohd Asmayuddin bin Haji Abdul Hamid; Pengurus Besar Incomm Sdn Bhd, Juliana Sim dan jemputan khas.

    Dalam kata alu-aluannya, Dayang Noorsurainah mengongsikan b ahawa pusat-pusat imagine bukan sahaja hanya untuk menjual produk tetapi ia juga bagi menjalinkan hubungan.

    Dengan memahami setiap pelanggan adalah unik dengan keperluan dan keutamaan mereka tersendiri, jelasnya, pasukan imagine sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan-pelanggan dengan keperluan telco mereka.

    Semasa majlis berkenaan, Sijil Bebas Cukai juga telah disampaikan kepada Dayang Noorsurainah oleh Haji Mohd Asmayuddin di mana sebagai sebuah establisment bebas cukai, imagine boleh menawarkan manfaat dan penjimatan eksklusif kepada pelanggan-pelanggan dengan harga bebas cukai bagi pilihan produk yang meluas, memastikan para pelanggan mendapatkan nilai terbaik untuk wang mereka.

    Haji Mohd Asmayuddin semasa menyampaikan Sijil Bebas Cukai kepada Dayang Noorsurainah. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda