Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India akan pasang pagar di sepanjang sempadan dengan Myanmar

    NEW DELHI, 21 JAN – India akan memasang pagar di sempadannya dengan Myanmar sebagai tindakan berikutan pergolakan di negara jiran itu, kata Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, lapor Sputnik.

    “Kerajaan (Perdana Menteri India) Narendra Modi telah memutuskan bahawa sempadan India-Myanmar yang terbuka akan dilindungi dengan pagar berduri seperti yang kami ada di sepanjang sempadan India-Bangladesh,” kata Shah seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Times of India kelmarin.

    Shah berkata kerajaan India juga sedang mengkaji rejim pergerakan bebas dengan Myanmar dan merancang untuk membatalkannya.

    Langkah itu dibuat sebagai satu cara untuk mengekang kemasukan tentera Myanmar ke India di tengah-tengah pertempuran etnik di Myanmar. – Bernama

    Amit Shah (tengah) bergambar dengan pemimpin Barisan Pembebasan Bersatu Assam (ULFA) selepas menandatangani memorandum penyelesaian dengan mereka di New Delhi, India. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda