Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India sambung semula pengeluaran visa kepada warga Kanada

    NEW DELHI, 26 OKT – India akan membuka semula perkhidmatan visa untuk warga Kanada, kedutaannya di Ottawa mengumumkan kelmarin, satu langkah yang boleh meredakan ketegangan dalam pertikaian berprofil tinggi berhubung pembunuhan seorang pemisah Sikh di Kanada.

    Hubungan antara India dan Kanada merosot selepas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bulan lalu secara terbuka mengaitkan perisikan India dengan pembunuhan warga Kanada, Hardeep Singh Nijjar pada bulan Jun lalu. New Delhi menolak dakwaan itu sebagai ‘tidak masuk akal’.

    Nijjar, yang menyokong penciptaan negara Sikh berasingan yang diukir dari India, dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas tuduhan keganasan dan konspirasi untuk melakukan pembunuhan.

    Kanada telah meminta India untuk bekerjasama dalam penyiasatan kematiannya dan mengusir seorang diplomat India.

    New Delhi menyatakan kemarahan, dan bertindak balas dengan mengambil tindakan balas termasuk menutup perkhidmatan visa untuk warga Kanada.

    “Selepas meninjau semula keadaan keselamatan yang mengambil kira beberapa langkah Kanada baru-baru ini dalam hal ini, telah dibuat keputusan untuk menyambung semula perkhidmatan visa,” kata Suruhanjaya Tinggi India dalam satu kenyataan.

    Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar, pada hari Ahad telah menegaskan untuk meningkatkan keselamatan untuk misi India di Kanada.

    Beliau dipetik oleh Times of India sebagai berkata keselamatan telah menjadi kebimbangan dan bahawa “jika kita melihat kemajuan di sana, saya sangat ingin menyambung semula perkhidmatan visa.” – AFP

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda