Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    India: Usaha menyelamat pekerja terperangkap masuk minggu ketiga

    UTTARAKHAND, 26 NOV – Tentera India membawa masuk peralatan khusus hari ini, dengan menggali tiga arah selepas berulang kali operasi itu gagal.

    Tentera Udara India menyatakan hari ini bahawa mereka ‘memberi respons dengan cepat’, semasa mereka membawa bahan binaan yang ketiga sejak runtuhan pada 12 November.

    Pegawai penyelamat berkata mereka menggesa pemotong plasma yang panas untuk dibawa ke lokasi gunung terpencil, selepas jurutera mengemudi paip logam secara mendatar melalui 57 meter batu dan konkrit merempuh galang logam dan kenderaan pembinaan yang terkubur di dalam tanah. Mesin penggali bumi hampir mencapai sasaran untuk menembus lapisan bumi tetapi mengalami kerosakan hanya sembilan meter sebelum mencapai tahap yang diinginkan.

    Pemotong plasma akan digunakan untuk mengeluarkan gerudi yang patah dan logam yang menghalang laluan mendatar, sebelum penggalian diteruskan menggunakan tangan.

    Galang logam tebal dalam runtuhan menghalang laluan dan menggunakan pemotong oksiasetilena konvensional untuk membersihkannya yang hanya cukup lebar untuk seorang lelaki merangkak melaluinya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda