Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia intai peluang pembiayaan AS$20 bilion

    JAKARTA, 1 NOV – Indonesia telah mengurangkan sasaran pelepasan karbon untuk sektor tenaganya menjelang 2030 dan berikrar untuk meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam pelan hala tuju yang dikeluarkan hari ini ketika ia berusaha untuk mengurangkan penggunaan arang batu.

    Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih dalam sektor tenaga menjelang 2050 sebagai syarat untuk mendapatkan pembiayaan pelan Perkongsian Peralihan Tenaga (JETP) bernilai AS$20 bilion.

    Di bawah rancangan itu, Jakarta telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon sektor tenaganya kepada had maksimum 250 juta tan metrik menjelang 2030, berbanding had sebelumnya iaitu 290 juta.

    Ia juga merancang untuk meningkatkan bahagian penjanaan tenaga boleh diperbaharuinya kepada 44 peratus menjelang 2030, berbanding sasaran asal sebanyak 34 peratus, menurut dokumen perancangan yang dikeluarkan hari ini. – AFP

    Gambar ANN/The Jakarta Post
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda