Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia percepat pembangunan industri semikonduktor

    JAKARTA, 1 APRIL – Indonesia sedang meningkatkan usaha untuk membangunkan industri semikonduktornya sebagai antara pemacu ekonomi utama, sejajar dengan visi Indonesia Emas 2045, menurut Kementerian Koordinator Hal Ehwal Ekonomi.

    Mesyuarat pertama Pasukan Petugas Penyediaan Ekosistem Semikonduktor telah berlangsung pada 28 Mac, menandakan permulaan era baharu perindustrian melibatkan semikonduktor termasuk elektronik seperti peranti automotif, industri, isi rumah, komunikasi, pengangkutan dan peralatan perubatan.

    Timbalan Penyelarasan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa, Edi Prio Pambudi berkata inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan iklim perniagaan yang kondusif dan menarik pelaburan seiring dengan pelan hala tuju ‘Making Indonesia 4.0’.

    “Pasukan Petugas akan menangani keperluan industri semikonduktor yang semakin meningkat dan memupuk kerjasama untuk mempercepatkan pembangunannya,” katanya yang juga ketua pasukan petugas dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda