Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inisiatif Let’s Give Back This Ramadan bantu keluarga MKOKU Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Lebih 10 buah keluarga yang dikenal pasti oleh Majlis Kebajikan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) di Daerah Tutong telah dibawa membeli-belah di Hua Ho Petani Mall, Tutong kelmarin.

    Aktiviti yang disusuli dengan berbuka puasa berkenaan merupakan sebahagian daripada acara tahunan Bank Baiduri dalam inisiatif Let’s Give Back This Ramadan.

    Hadir pada acara itu dari jawatankuasa pengurusan Bank Baiduri ialah Ketua Kumpulan Bahagian Kewangan, Chris Ang; Ketua Risiko Kumpulan, Jonathan Lim; Ketua Audit Dalaman, Stephen Nelson; dan Ketua Pematuhan Kumpulan, Wan Ahadiatul Wan Silmy.

    Atas semangat kerjasama, bank berkenaan telah meneruskan kerjasama bersama Setia Motors, dengan Indera Motors menyertai sebagai rakan logistik tambahan untuk inisiatif itu, membantu dalam pengangkutan keluarga-keluarga berkenaan dari rumah mereka ke lokasi masing-masing dan balik.

    Pada masa ini terdapat sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah MKOKU iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam, Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), Persatuan Orang-orang Berkerusi Roda dan Cacat Anggota (PAPDA), SMARTER Brunei, Persatuan Sindrom Down (ABLE), Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) dan Learning Ladders Society (LLS).

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, inisiatif berkenaan disokong oleh sukarelawan dari Baiduri Cares, sebuah program dalaman di mana pekerja Bank Baiduri dan anak-anak syarikat seperti Baiduri Finance dan Baiduri Capital, menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk pelbagai aktiviti.

    Gambar ramai bersama penerima ketika membeli-belah semasa Let’s Give Back This Ramadan. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda