Wednesday, November 27, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insiden hampir disambar api buat Rian D’Masiv trauma, ada rasa takut setiap kali buat persembahan

    Masih dihantui detik cemas wajahnya disambar api, vokalis kumpulan D’Masiv iaitu Rian berdepan trauma teruk susulan insiden berkenaan, lapor mStar.

    Rian, 38, berkata, dia tidak boleh lagi beraksi selincah dahulu malah berasa takut setiap kali melihat percikan api di atas pentas.

    “Jika ada percikan api sedikit pun saya terus jadi takut nak bergerak apatah lagi berdiri dekat dengan api.

    “Nasib baik ketika itu saya memakai baju jaket kulit, jadi tak rasa pedih sangat ketika disambar api,” katanya.

    Pada September lalu, Rian berdepan detik cemas apabila hampir terkena semburan api ketika sedang asyik membuat persembahan di sebuah festival muzik dekat Bangka Belitung, Indonesia.

    Dalam pada itu, Rian memberitahu sudah bersemuka dengan penganjur festival berkenaan dan meminta mereka bertanggungjawab atas insiden tersebut.

    Ini kerana kata Rian, pihak penganjur gagal menjaga keselamatan penyanyi dan pemuzik lain yang berada di atas pentas.

    “Selepas persembahan selesai, kami terus memanggil semua kru yang bertanggungjawab ke belakang pentas.

    “Saya mengamuk dan minta mereka berhati-hati supaya apa yang terjadi kepada saya tidak berulang terhadap artis lain,” ujarnya. – Agensi

    Rian masih ada rasa takut setiap kali melihat api. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda