Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Intracorp sambut ulang tahun dengan promosi hebat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Sempena ulang tahunnya yang ke-26, Intracorp (B) Sdn Bhd selaku pengedar barangan elektronik dan perabot rumah telah melancarkan promosi potongan harga, hari ini.

    Promosi yang juga bersempena dengan Jualan Salebration Brunei itu telah bermula sejak awal bulan ini hingga pertengahan Februari 2024 dan menawarkan pelbagai produk daripada barangan elektronik sehingga perabot rumah dengan kualiti premium.

    Sempena promosi tersebut, pelanggan juga berpeluang mendapat tawaran hebat seperti diskaun dengan harga terendah untuk kesemua produk dan 50 pelanggan terawal juga berpeluang mendapatkan baucar diskaun Intracorp bernilai $50 bagi setiap pembelian barangan elektronik dan perabot rumah.

    Di samping itu, sempena ulang tahun itu juga, pelanggan berpeluang mendapatkan 26 barangan istimewa yang hanya dijual pada harga $26.

    Pelanggan juga dialu-alukan untuk menyertai I Love Intracorp Giveaway dengan hanya mengunjungi Bilik Pameran Intracorp di mana 10 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa.

    Sebagai tambahan, orang ramai juga boleh mengikuti Weekly Social Media Contest Intracorp dan memenangi hadiah setiap minggu di Facebook dan Instragram. Terdapat sesi secara langsung mengenai demo produk dengan promosi khas yang terhad.

    Intracorp (B) Sdn Bhd melancarkan promosi hebat sempena ulang tahunnya yang ke-26. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...