Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Bersama bantu ringankan beban

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Bagi membantu meringankan beban keluarga yang dilanda musibah, ahli-ahli Baden Powell (BP) Guild telah berganding bahu untuk memberikan bantuan kepada empat keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di kawasan sekitar Seria.

    Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Persatuan BP, Beelie bin Tengah dan disertai ahli-ahli persatuan telah menyerahkan barangan keperluan kepada empat buah keluarga berkenaan yang kini menetap di bangunan Pejabat Daerah Belait di Seria.

    Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lorong Tiga Selatan Seria, Awang Hassan bin Haji Masri selaku wakil Pemangku Penghulu Mukim Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

    Gambar ramai ahli BP Guild semasa menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa. – GAMBAR SERAHAN BP GUILD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...