Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran lancar tiga satelit ke orbit

    TEHRAN, 28 JAN – Iran hari ini berkata ia telah melancarkan tiga satelit secara serentak ke orbit, hampir seminggu selepas pelancaran satelit penyelidikan oleh Pengawal Revolusi yang mendapat kritikan dari Barat.

    “Tiga satelit Iran telah berjaya dilancarkan kae orbit buat kali pertama,” lapor TV kerajaan.
    Satelit itu dibawa oleh pembawa satelit dua peringkat Simorgh (Phoenix) dan dilancarkan ke orbit minimum 450 kilometer, tambahnya.

    Satelit Mahda, yang mempunyai berat sekitar 32 kilogram dan dibangunkan oleh Agensi Angkasa Iran, direka untuk menguji subsistem satelit canggih, kata agensi berita rasmi, IRNA.

    Dua yang lain, Kayhan 2 dan Hatef, mempunyai berat di bawah 10 kilogram setiap satu dan bertujuan untuk menguji teknologi penentuan kedudukan berasaskan ruang angkasa dan komunikasi jalur sempit, tambah IRNA.

    Minggu lalu, Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran menghantar satelit penyelidikan Soraya ke angkasa lepas.

    Britain, Perancis dan Jerman mengecam pelancaran itu dalam satu kenyataan yang ditolak oleh Iran sebagai ‘campur tangan.’

    Kerajaan Barat termasuk Amerika Syarikat telah berulang kali memberi amaran kepada Iran terhadap pelancaran sedemikian, mengatakan teknologi yang sama boleh digunakan untuk peluru berpandu balistik, termasuk yang direka untuk menghantar kepala peledak nuklear. – AFP

    Pembawa satelit Simorgh atau Phoenix sebelum dilancarkan di Pelabuhan Angkasa Imam Khomeini di luar bandar Iran. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda