Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ISB sahut seruan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan ISB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Usaha terus dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan bagi menambah bekalan simpanan darah di mana sebanyak 27 pain darah berjaya dikumpulkan semasa Kempen Derma Darah yang dihoskan oleh Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) yang berlangsung di Kampus ISB, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ISB, di sini, kempen itu menyaksikan penyertaan daripada pelajar-pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas, ibu bapa serta kakitangan sekolah berkenaan dengan kempen dianjurkan oleh ISB dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC).

    Kempen tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk membantu menambahkan bekalan darah serta meningkatkan kesedaran mengenai manfaat dan pentingnya untuk menderma darah.

    Pengetua Eksekutif, Dr Stephen Kendall-Jones yang juga salah seorang penderma darah di kempen berkenaan, bagi mewakili pihak sekolah menyatakan penghargaan kepada kakitangan, ibu bapa dan pelajar-pelajar ISB yang mengambil bahagian serta memberikan galakan dan membantu untuk menjadikan kempen derma itu satu kejayaan.

    “ISB amat gembira untuk menghoskan dan menderma kepada kesihatan dan kesejahteraan negara.

    “Kami berharap untuk terus menaburkan khidmat bakti kepada profesional perubatan dan pesakit-pesakit di Negara Brunei Darussalam,” tambah beliau.

    Kakitangan perubatan dari JPMC bergambar ramai dengan Dr Kendall-Jones.
    Antara penderma darah semasa Kempen Derma Darah di ISB.
    Antara penderma darah semasa Kempen Derma Darah di ISB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda